Friday, May 8, 2009

Sepetang bersama 'cupcakes'












Petang semalam aku menghadiri kelas mendekorasi 'cupcakes' di Uitm, Seri Iskandar. Tak jauh, sebelah taman je. Kelas tersebut dianjurkan oleh PEWANI (Persatuan staf dan isteri-isteri staf Uitm) dan kelas tersebut hanya dibuka untuk ahli-ahli PEWANI sahaja.

Di atas info yang diemel oleh AJK PEWANI kepada suamiku Zool, maka suamiku pun mendaftarkan namaku untuk turut serta menghadiri kelas tersebut. Bila mendengar sahaja pasal 'cupcakes' hatiku terus rasa teruja. Pasti ada sesuatu ilmu yang baru akan aku perolehi dari kelas ini.

Bila nampak sahaja krim aising yang dibawa oleh Chef Arip....hati pun terdetik... wah, pasti seronok bila mendekorasi 'cupcakes' nanti!. Pelbagai soalan yang aku tujukan pada Chef Arip. Segala persoalanku terjawab. Lega rasa hati ini.

Kira masa sejam setengah yang diluangkan dalam kelas tersebut amat berbaloi. Dengan bayaran yang minima, banyak ilmu yang dipelajari.
Sekembalinya di rumah, anak-anakku teruja dengan dekorasi 'cupcakes' yang kubawa pulang. Mereka menikmati 'cupcakes' tersebut dengan lahap. Seronoknya aku tengok.
Jutaan terima kasih pada suami yang tercinta (Zool) kerana sanggup menjaga Amniy (anakku yang paling kecil) petang semalam.

Nanti kalau ada peluang lagi...'ibu nak belajar lagi'.

No comments:

Post a Comment