Wednesday, May 13, 2009

Pertandingan Bola Jaring







Sabtu yang lepas, 9 Mei 2009 sekolah Sarah (anakku yang kedua) mewakili sekolah tadikanya bermain bola jaring di peringkat Parlimen Parit.

Sekolah tadika PASTI Al-Furqan, Bandar Seri Iskandar, berjaya mendapat Naib Johan setelah pasukan ini bermain sebanyak tiga kali. Setelah bertungkus-lumus berlatih setiap pagi dan petang, akhirnya sekolah tadika Sarah berjaya juga mendapat tempat.

Pada asalnya, guru Sarah sendiri tidak yakin dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan bola jaring ini. Namun, siapa tahu 'kecil-kecil cili padi'. Boleh tahan juga mereka bermain.

Bukan apa, gurunya sering bercerita kepada aku yang mereka ini hanya membiarkan bola direbut oleh pihak lawan ketika 'pertandingan persahabatan' dijalankan sehari sebelum pertandingan sebenar bermula.

Kemungkinan mereka mendapat rangsangan dan semangat selepas itu dan menyebabkan mereka bermain bersungguh-sungguh ketika hari pertandingan sebenar dijalankan. Semangat mereka juga menjadi lebih berkobar-kobar apabila ibu bapa dan keluarga turut turun padang menyokong mereka.

Berbaloi le jugak...sorak-sorak bagi sokongan sampai suara macam nak hilang. Guru-guru Sarah begitu teruja dan sentiasa tersenyum bila mendapat tahu yang anak-anak muridnya berjaya menggondol gelaran 'Naib Johan'.

Untuk Sarah...syabas ibu ucapkan. Nanti kita 'practise' baling-baling bola lagi.....

No comments:

Post a Comment