Wednesday, May 13, 2009

Selamat Hari Ibu



Sempena Hari Ibu, Eisya dan Sarah telah menghadiahkan aku tiga biji coklat FERRERO ROCHER.

Keinginan Eisya (terutamanya) untuk membelikan aku hadiah disampaikan kepada ayahnya ketika di dalam perjalanan balik dari Batu Gajah, dua hari sebelum Sambutan Hari Ibu. Aku menjawab, "tak payah la nak beli hadiah-hadiah". Bagi hadiah kat ibu keputusan peperiksaan yang cemerlang pun dah cukup. Namun dia berkeras juga untuk membelikan hadiah.

Eisya memang suka memberi hadiah kepada orang. Itulah antara sikap positifnya. Dia memang suka mengekspresi sesuatu kejayaan/penghargaan/hari-hari gembira seseorang dengan memberikan sesuatu kepada orang tersebut. Tidak kiralah sama ada kami ibu dan ayahnya, adik-adiknya, guru-guru, kawan-kawan, jiran dan saudara-maranya.

Apapun, terima kasih untuk Eisya dan Sarah sebab bagi ibu coklat sebagai hadiah sempena Hari Ibu. Tak lupa juga untuk suamiku, Zool sebab tolong hantar Eisya pergi ke kedai membeli coklat tu...hmmmm.

'Selamat Hari Ibu' kepada semua yang telah menjadi ibu. Panjatkanlah kesyukuran kepadaNya bagi insan yang masih memiliki seorang ibu. Sayangilah mereka sepenuhnya sementara mereka masih berada di dunia ini.

Jasa ibu tiada tolok bandingnya!

3 comments:

  1. Salam,
    Apa Khabar Wardah. Selamat menjadi ibu mithali. Jgn marah saya dah jadi follower blog ni. Apa khabar? Ada contact budak2 pub

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam,
    Doakanlah agar aku menjadi ibu yang baik kepada ank-anak aku. Khabar baik. Terima kasih menjadi follower aku yang tidak seberapa ini.

    ReplyDelete
  3. Woah..!!best tul hari ibu yea ada gak dpt cekelat. Bila la nak ada hari bapa..???

    ReplyDelete