Monday, June 29, 2009

Main Taman...











Ibu dah lama kita tak main taman....Jom la kita main taman. Asyik itu je ungkapan Eisya, anak sulungku. Aaa la bu,dah lama kita tak main taman. Lama-lama aku jadi kesian dengan dia orang ni. Sejak -dua menjak, kami ni pun asyik sibuk je. Ada je halnya.

Memang dah lama sangat tak pergi taman bawa dia orang ni bermain-main. Ya la sejak ada Amniy. Amniy pun dah 1 tahun 3 bulan. Bukan la tak bawak dia orang langsung ke 'playground'. Pergi KFC, Marry Brown, Giant, Tesco dan tempat-tempat lain ada la dia orang main, tapi 'indoor playground' dia orang ni tak puas main.

Aku pun cuba la mengajak Zool, kot-kot 'interested'. Wah! Hasilnya lumayan. Zool, suamiku nak pergi bersama. Kami bersetuju pergi ke Taman Batu Gajah. Tempatnya lebih luas dan banyak permainan yang dia orang boleh main.

Amniy apa lagi. Kerja mengukur taman. Jenuh la 'mengejor' dia. Eisya dan sarah pulak asyik bertukar-tukar mainan je. Sekejap naik buai, sekejap ke tempat jongkang-jongkit. Hah! Suka hati koranglah. Biar dia orang ni puas hati.

Lega kami rasa, bila tengok anak-anak seronok. Sekurang-kurangnya dapat jugak kami menghirup angin petang.

Ada masa dan kesempatan nanti kita pergi lagi ye!

Menu Hari Ini...





Entah kenapa, hari terasa nak makan sambal tumis ikan sardin ditambah dengan cili api. Dah lama tak masak ikan sardin. Kebetulan memang stok ikan sardin ada dalam kabinet tu. Penuh kabinet tu, maklum la baru lepas gaji katakan.

Lepas tu kombinasi dengan udang masak lemak cili api campur dengan kacang panjang. Dulu, aku tak pandai sangat masak menu udang masak lemak ni. Tapi lepas berkahwin dengan Zool (suamiku), aku selalu tengok arwah mak mentua masak lemak udang dicampur dengan kacang panjang ataupun kacang buncis.Mesti letak cili api, baru la kaw!

Bila nampak udang besar-besar ni...aku terkenang arwah mak mentua. Bila anak-anaknya balik ke kampung, beliau suka sangat masak sambal udang, masak lemak udang dicampur dengan labu (letak cili api). Pendek kata, memang makan 'menjilat siku' le. Itu kata-kata arwah yang aku ingat sampai ke hari ini. Tak cukup dengan masak, bila balik ke rumah, siap dibekalkan lagi. Tambah-tambah kami anak-beranak memang 'antu udang'. Zool je yang kurang makan udang sebab kulitnya alah dengan 'seafood'.

Mungkin rasa masakanku tu tak sebijik sesedap arwah masak, tapi metod tu dah aku warisi darinya. Rupa masakan sama, tapi mungkin rasa berbeza. Dek kerana satu metod yang kita tak ikut, menyebabkan rasa masakan tu berbeza. Dulu, aku tertanya-tanya kenapa rasa tak sama macam ibu/ ibu mertuaku masak. Rupanya disebabkan termasuk sebijik bawang putih menyebabkan masak lemak tu lain rasanya.

Sambal tumis ikan sardin dah ada, masak lemak cili api udang + kacang panjang pun dah siap. Nak syok lagi goreng ikan masin sikit dan letakkan bawang goreng yang digoreng sendiri (goreng garing). Haa...baru rasa berselera. Tergigit pulak cili api! Fweeeeh! Pedas tapi sedap!

Mmmm...walaupun menu hari ini tak seberapa tapi boleh menguji keimanan jugak la kalau perut dah laparrrr! Dimakan pulak dengan nasi panas. Mau dua pinggan nasi nih!

Wednesday, June 24, 2009

Petua Khamis...Mengisar Cili

Sesetengah orang tidak suka menggunakan cili boh yang dibeli di kedai untuk membuat sambal atau dicampurkan ke dalam masakan. Mereka lebih gemarkan cili kering yang dikisar sendiri.

Jadi sebelum anda mengisar cili kering, cili kering hendaklah dipotong dan dibuang bijinya terlebih dahulu. Kemudian direbus dalam anggaran 5 minit. Toskan dan masukkan ke dalam pengisar. Masukkan sedikit minyak masak ke dalam pengisar/blender untuk memudahkan biji cili hancur dengan mudah (kadangkala masih ada biji cili yang tertinggal).

Cili yang telah dikisar tadi bolehlah dimasukkan ke dalam botol yang ditutup rapat dan disimpan ke dalam peti sejuk.

Dengan metod ini cili kisar akan lebih tahan lama, lebih enak dan bebas dari biji cili.

p/s perlu diingat biji cili yang tidak hancur adalah bahaya untuk kesihatan perut. Ianya boleh menyebabkan penyakit 'appendix'.

Thursday, June 18, 2009

Teringat sampai sekarang...

Masa zaman aku kecik-kecik dulu memang suka bermain basikal dengan kawan-kawan. Tapi 'geng basikalku' masa tu tak de yang perempuan. Semua lelaki. Sebabnya masa tu dalam kampungku kawan-kawan perempuan yang sebaya dengan aku tak suka main basikal kot. Dia orang ni suka main masak-masak je agaknya.

Aku ni kategori budak perempuan yang suka merempit la...dah besar pun suka naik motor laju-laju la katakan. Sampaikan longkang Seksyen 18, Shah Alam pun hampir-hampir aku terjun. Tapi tu bukan salah aku. Tu salah kereta tu...driver tu buta agaknya. Ada ke masuk laluan orang. Kes langgar lari pulak tu. Mmmm...nasib baik hantaran tak kena diskaun!

Sambung balik cerita....Tu yang aku berkawan dengan Enal (Zainal Arifin) anak Lek Ari dan Tapa (Mustafa) anak arwah Lek Jenon. Sikit punya best la main basikal masa tu. Tapi naik basikal tua je pun. Basikal yang jenis ada palang tu. Basikal yang orang lelaki selalu gunakan. Disebabkan aku dikategorikan budak yang bersaiz tinggi jadi aku tak ada masalah untuk menunggang basikal tersebut. Malah, kawan-kawanku (geng basikal) turut menumpang basikalku. Basikal tua tu untuk bawa main-main dalam kampung je tapi basikal untuk ke sekolah basikal yang kecik sikit.

Sebenarnya aku teringin sangat untuk memiliki basikal 'Chopper'. Zaman tu basikal Chopper memang tengah glamor. Bestnya kalau dapat naik basikal tu! Menambah lagi keinginan bila melihat iklan 'Planta' di kaca tv. Seorang budak lelaki memakai baju belang memakan roti disapu dengan planta dan di belakangnya ada basikal chopper. Eee...geramnya aku. Alamak! Ni basikal lelaki tapi kenapa aku suka??? Mmm...aku ni memang suka benda-benda yang 'sporty' ler...Macam best gitu!

Aku pernah menyuarakan keinginanku untuk memiliki basikal tersebut kepada ibuku. Tapi alasannya, nanti kalau dah besar basikal tu dah tak boleh dinaiki lagi. Seingat aku masa tu aku dalam darjah dua. Mendengar alasan tersebut, aku mendiamkan diri. Hati rasa meronta untuk memiliki juga. Cuma aku tidak pernah menyuarakan hasrat hatiku untuk kali kedua. Hanya mampu melihat dan menyaksikan sepupuku Din dan Epul menaiki basikalnya. Bila datang kat rumah dia orang sempat jugak menempel tu.

Tu la budak-budak zaman dulu....kalau ibu bapa kata tidak, maka tidaklah/terus mendiamkan diri dan akur dengan keputusan orang tua. Agak berbeza dengan budak-budak zaman sekarang ni. Selagi tak dapat asyik bertanya tak henti-henti kalau inginkan sesuatu.

Tapi tu la...keinginan yang tak tercapai tu ingat sampai ke hari ini. Bukan nak salahkan ibu bapa aku. Tapi masa tu mereka lebih memikirkan suatu benda yang ingin dibeli itu praktikal atau tidak. Buat apa nak beli basikal lain kalau basikal tu masih boleh digunakan. Basikal kakak dan abang-abangku masih elok lagi . Ye la basikal dah banyak kat rumah aku tu. Maklumlah aku ni anak bongsu.

Tapi ye la...ada moral di sebalik cerita ni. Bila aku dah ada keluarga dan ada anak ni, sesuatu permintaan anak-anak kita kena pertimbangkan. Apa yang mereka mahukan tak semestinya semua permintaan kita kena penuhi. Ikut keperluan dan bajet. Kalau rasa benda tu penting dan memang perlu, memang akan aku belikan. Walaupun mahal tapi kalau ada bajet, insyaallah boleh.

Bukan apa, takut nanti keinginan yang tak kesampaian tu akan memberi kesan sehingga hari tua. Ha....jadi 'fikir-fikirkanlah' yang mana patut dibeli ataupun sebaliknya.

Wednesday, June 10, 2009

Petua Khamis...Awet Muda

Saya yakin, semua orang ingin kelihatan awet muda. Petua ini tidak perlu memerlukan kos yang tinggi atau mengeluarkan wang yang beribu-ribu.

Mesti anda semua nak tahu kan??? Saya pun mendapat petua ini dari seorang pakcik yang berumur 63 tahun tetapi raut wajahnya sepeti umur 45 tahun. Kalau tanya umur dia memang ramai yang tak percaya.

Ha..ha...macam mana tu??? Tak de le guna 'botox', rawatan dan sebagainya tapi beliau tidak putus dengan mengambil wudhuk untuk dirinya.

Maksudnya, jika beliau terbatal wudhuknya beliau akan mengambil semula wudhuk tersebut. Maknanya dirinya akan sentiasa dalam keadaan berwudhuk. Selain wajah kita akan kelihatan berseri dan nampak kelihatan muda, hati kita juga akan lebih tenang. Insyaallah.

Tak percaya, cubalah metod ini. Jangan terkejut apabila orang akan salah meneka umur kita.
Kalau umur 35 tahun orang akan kata umur kita 27 tahun...ha kan jimat 8 tahun tu!

Apa pun yang penting kesihatan dan pemakanan juga perlu dijaga. Jangan stress-stress selalu. Ceria-ceriakan hidup anda dan selalu 'think positive'.

Jom kita sama-sama amalkan!