Wednesday, May 20, 2009

Petua Khamis...Elak Ikan Goreng Melekat Pada Kuali

Sekiranya anda ingin membalikkan ikan di kuali tiba-tiba ikan goreng anda melekat, taburkan sedikit garam di sekeliling ikan goreng anda.

Biarkan sebentar, kemudian bolehlah dibalikkan ikan-ikan tersebut. Dengan cara ini, kulit ikan-ikan goreng tadi tidak akan melekat pada kuali tersebut.

Biasanya, keadaan begini berlaku apabila menggoreng dengan menggunakan kuali yang baru ataupun kuali tersebut biasa digunakan untuk memasak lauk/sayur-sayuran.

Wednesday, May 13, 2009

Selamat Hari Ibu



Sempena Hari Ibu, Eisya dan Sarah telah menghadiahkan aku tiga biji coklat FERRERO ROCHER.

Keinginan Eisya (terutamanya) untuk membelikan aku hadiah disampaikan kepada ayahnya ketika di dalam perjalanan balik dari Batu Gajah, dua hari sebelum Sambutan Hari Ibu. Aku menjawab, "tak payah la nak beli hadiah-hadiah". Bagi hadiah kat ibu keputusan peperiksaan yang cemerlang pun dah cukup. Namun dia berkeras juga untuk membelikan hadiah.

Eisya memang suka memberi hadiah kepada orang. Itulah antara sikap positifnya. Dia memang suka mengekspresi sesuatu kejayaan/penghargaan/hari-hari gembira seseorang dengan memberikan sesuatu kepada orang tersebut. Tidak kiralah sama ada kami ibu dan ayahnya, adik-adiknya, guru-guru, kawan-kawan, jiran dan saudara-maranya.

Apapun, terima kasih untuk Eisya dan Sarah sebab bagi ibu coklat sebagai hadiah sempena Hari Ibu. Tak lupa juga untuk suamiku, Zool sebab tolong hantar Eisya pergi ke kedai membeli coklat tu...hmmmm.

'Selamat Hari Ibu' kepada semua yang telah menjadi ibu. Panjatkanlah kesyukuran kepadaNya bagi insan yang masih memiliki seorang ibu. Sayangilah mereka sepenuhnya sementara mereka masih berada di dunia ini.

Jasa ibu tiada tolok bandingnya!

Pertandingan Bola Jaring







Sabtu yang lepas, 9 Mei 2009 sekolah Sarah (anakku yang kedua) mewakili sekolah tadikanya bermain bola jaring di peringkat Parlimen Parit.

Sekolah tadika PASTI Al-Furqan, Bandar Seri Iskandar, berjaya mendapat Naib Johan setelah pasukan ini bermain sebanyak tiga kali. Setelah bertungkus-lumus berlatih setiap pagi dan petang, akhirnya sekolah tadika Sarah berjaya juga mendapat tempat.

Pada asalnya, guru Sarah sendiri tidak yakin dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan bola jaring ini. Namun, siapa tahu 'kecil-kecil cili padi'. Boleh tahan juga mereka bermain.

Bukan apa, gurunya sering bercerita kepada aku yang mereka ini hanya membiarkan bola direbut oleh pihak lawan ketika 'pertandingan persahabatan' dijalankan sehari sebelum pertandingan sebenar bermula.

Kemungkinan mereka mendapat rangsangan dan semangat selepas itu dan menyebabkan mereka bermain bersungguh-sungguh ketika hari pertandingan sebenar dijalankan. Semangat mereka juga menjadi lebih berkobar-kobar apabila ibu bapa dan keluarga turut turun padang menyokong mereka.

Berbaloi le jugak...sorak-sorak bagi sokongan sampai suara macam nak hilang. Guru-guru Sarah begitu teruja dan sentiasa tersenyum bila mendapat tahu yang anak-anak muridnya berjaya menggondol gelaran 'Naib Johan'.

Untuk Sarah...syabas ibu ucapkan. Nanti kita 'practise' baling-baling bola lagi.....

Friday, May 8, 2009

Sepetang bersama 'cupcakes'












Petang semalam aku menghadiri kelas mendekorasi 'cupcakes' di Uitm, Seri Iskandar. Tak jauh, sebelah taman je. Kelas tersebut dianjurkan oleh PEWANI (Persatuan staf dan isteri-isteri staf Uitm) dan kelas tersebut hanya dibuka untuk ahli-ahli PEWANI sahaja.

Di atas info yang diemel oleh AJK PEWANI kepada suamiku Zool, maka suamiku pun mendaftarkan namaku untuk turut serta menghadiri kelas tersebut. Bila mendengar sahaja pasal 'cupcakes' hatiku terus rasa teruja. Pasti ada sesuatu ilmu yang baru akan aku perolehi dari kelas ini.

Bila nampak sahaja krim aising yang dibawa oleh Chef Arip....hati pun terdetik... wah, pasti seronok bila mendekorasi 'cupcakes' nanti!. Pelbagai soalan yang aku tujukan pada Chef Arip. Segala persoalanku terjawab. Lega rasa hati ini.

Kira masa sejam setengah yang diluangkan dalam kelas tersebut amat berbaloi. Dengan bayaran yang minima, banyak ilmu yang dipelajari.
Sekembalinya di rumah, anak-anakku teruja dengan dekorasi 'cupcakes' yang kubawa pulang. Mereka menikmati 'cupcakes' tersebut dengan lahap. Seronoknya aku tengok.
Jutaan terima kasih pada suami yang tercinta (Zool) kerana sanggup menjaga Amniy (anakku yang paling kecil) petang semalam.

Nanti kalau ada peluang lagi...'ibu nak belajar lagi'.