Wednesday, June 24, 2009

Petua Khamis...Mengisar Cili

Sesetengah orang tidak suka menggunakan cili boh yang dibeli di kedai untuk membuat sambal atau dicampurkan ke dalam masakan. Mereka lebih gemarkan cili kering yang dikisar sendiri.

Jadi sebelum anda mengisar cili kering, cili kering hendaklah dipotong dan dibuang bijinya terlebih dahulu. Kemudian direbus dalam anggaran 5 minit. Toskan dan masukkan ke dalam pengisar. Masukkan sedikit minyak masak ke dalam pengisar/blender untuk memudahkan biji cili hancur dengan mudah (kadangkala masih ada biji cili yang tertinggal).

Cili yang telah dikisar tadi bolehlah dimasukkan ke dalam botol yang ditutup rapat dan disimpan ke dalam peti sejuk.

Dengan metod ini cili kisar akan lebih tahan lama, lebih enak dan bebas dari biji cili.

p/s perlu diingat biji cili yang tidak hancur adalah bahaya untuk kesihatan perut. Ianya boleh menyebabkan penyakit 'appendix'.

1 comment:

  1. Kak tirana pun buat cili boh style ni...memang tahan lama.. Kalau nak tahan lagi..lepas blend cili tu..masak dengan sedikit minyak..kacau sampai kering betul airnya. Itu petua MIL tapi kak tirana jarang buat..hehehe

    ReplyDelete