Wednesday, June 10, 2009

Petua Khamis...Awet Muda

Saya yakin, semua orang ingin kelihatan awet muda. Petua ini tidak perlu memerlukan kos yang tinggi atau mengeluarkan wang yang beribu-ribu.

Mesti anda semua nak tahu kan??? Saya pun mendapat petua ini dari seorang pakcik yang berumur 63 tahun tetapi raut wajahnya sepeti umur 45 tahun. Kalau tanya umur dia memang ramai yang tak percaya.

Ha..ha...macam mana tu??? Tak de le guna 'botox', rawatan dan sebagainya tapi beliau tidak putus dengan mengambil wudhuk untuk dirinya.

Maksudnya, jika beliau terbatal wudhuknya beliau akan mengambil semula wudhuk tersebut. Maknanya dirinya akan sentiasa dalam keadaan berwudhuk. Selain wajah kita akan kelihatan berseri dan nampak kelihatan muda, hati kita juga akan lebih tenang. Insyaallah.

Tak percaya, cubalah metod ini. Jangan terkejut apabila orang akan salah meneka umur kita.
Kalau umur 35 tahun orang akan kata umur kita 27 tahun...ha kan jimat 8 tahun tu!

Apa pun yang penting kesihatan dan pemakanan juga perlu dijaga. Jangan stress-stress selalu. Ceria-ceriakan hidup anda dan selalu 'think positive'.

Jom kita sama-sama amalkan!

2 comments:

  1. Btol3x...
    Aku pun ada petua yg ble d kongsi hehehe..
    Ni klu orang nak kuruskan badan tp kena tahan lakan..
    Makan buat betik dengan perahan limau purut/kasturi dan taburkan garam halus d atasnya setiap pagi hari cuti. Kompom lepas makan mesti tak kemana punya..bercinta ngan Dr Tan wakaka..tapi serius menjadi susut badan.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..takut2 cico2 tengah jln jer...he..hee...Tak sempat jumpa tempat pelaburan.

    Takut2 gak yg ada gastrik...trus masuk spital ni. Tapi apa pun t kasih le che komeng krn sudi singgah ke blog saya ni dan kongsi petua. Ada petua lagi boleh dikongsi2 bersama kawan2.

    ReplyDelete