Sunday, October 4, 2009

Kuih Siput

Kuih siput yang sedap


Kuih siput ni adalah antara kuih tradisional. Ianya samalah/seangkatan dengan kuih loyang, peyek, kuih tiram, kuih sepit dan lain-lain lagi. Dengan kata lain, ianya kategori kuih-kuih lama yang memang popular pada zaman aku kecik-kecik dulu. Aku kecik....zaman 70-an le kan.

Kuih siput masih juga popular sekarang ini walaupun ianya bersaing dengan biskut tiramisu, almond london, night sprinkle dan pelbagai jenis cookies yang lain. Ini kerana keenakan dan rasanya yang tersendiri menyebabkan kuih siput masih tidak dapat dilupakan.

Raya tahun 2009, kuih siput merupakan salah satu variasi kuih raya kami. Memang bukan buat sendiri tapi jiran kami yang buatkan. Cuma bagi modal tepung 1kg dan satu buku buttercup je...daun kari ambil kat depan rumah (tanam sendiri). Aku nak bagi rempah ratusnya dan minyak masak untuk menggoreng, mati-mati Kak Ziah (jiran kami) tak nak.

Katanya, 'tak pe Kak Ziah nak tolong je, bukan nak ambik upah apa pun. Bagi je tepung dengan butter. Nanti Kak Ziah gorengkan. Subhanallah! Mulia sungguh hatinya nak menolong aku buatkan kuih siput ni. Dia tahu yang anak sulungku, Eisya menggemari kuih tersebut.

Memang pada asalnya, kami ingin membuat dan menggoreng sama-sama di rumahnya (sebelah rumah je). Tapi disebabkan Amniy tak sihat dan meragam, aku tak berupaya untuk menggoreng bersama-sama dengannya. Tau-tau kuih siput dah ada 2 balang di atas meja.

Apa pun terima kasih banyak-banyak pada Kak Ziah kerana bersungguh-sungguh untuk menggorengkan kuih siput dan hanya Allah saja yang membalas kemuliaan hati dan segala kebaikan beliau.

4 comments:

  1. Salam Wardah,

    Kak tirana pun suka kuih siput ni. Kena belajar buat juga kuih ini satu hari nanti sebab acuannya dah beli..hehehe...Cuba Wardah tanyakan resepi kuih siput pada Kak Ziah.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Kak Tirana insyaallah saya akan tanyakan pada Kak Ziah. Sblm buat n3 ni lupa lak nak tanya resepi..kalau tdk mmg saya bg resepi sekali:D

    ReplyDelete
  3. hai tak habis-habis lagi makan ya?

    ReplyDelete
  4. salam.

    sdra muaz, cerita pasal makan mmg tak akan habis...akan2 dtg ada lagi cerita pasal makan...saya tak makan byk tapi saya suka mncari resepi dan cuba resepi yg baru...he..heee...

    ReplyDelete