Friday, October 2, 2009

Kerabu Paku Pakis + Tauge Berkerang


Semalam aku mencuba resepi yang Kak Kamsiah beri di blognya. Hmmm...dah lama tak buat kerabu ni. Ada 2 tahun kot. Masa tu buat pun selepas bertanya resepi dengan Kak Zan sepupu Zool. Lepas-lepas tu, tinggal makan je...sama ada makan di kedai atau orang lain yang buat.

Hmm...Kak Kamsiah terima kasih sangat letak resepi kat blog akak. Cuma di'modify ' sebab Zool nak letak pucuk paku. Kak Kamsiah punya resepi menggunakan tauge sebagai sayur utama. Tapi yang aku buat ni letak pucuk paku sebagai sayur utama dan dicampurkan dengan sedikit tauge. Lepas tu ditambahkan dengan kerang. Sedapppnya.....nanti nak buat lagi lah!

Resepinya:
Pucuk paku & tauge (dicelur)

Kerang (direbus)
Cili merah + cili padi + belacan +udang kering (ditumbuk)
Limau kasturi (perah, ambil airnya)
Kerisik
Bawang besar (dihiris2)

Garam & gula secukup rasa


Caranya:

Campurkan bahan2 yang ditumbuk bersama kerisik. Gaulkan rata.

Masukkan pula pucuk paku, tauge, kerang dan hirisan bawang.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

Akhir sekali, perahkan asam limau. Gaulkan sehingga rata.
Boleh la dihidangkan dan dimakan bersama nasi dan lauk-pauk yang lain.

Tak caya, cubalah!.

4 comments:

  1. yang ni kegemaran sy ni.huhu..slmt hr rye kak..lme tul menghilang kn
    :)

    ReplyDelete
  2. salam . Orang rumah saya dah salin resepi ni...tapi bila nak buat tak tahulah ..... mungkin ramadhan tahun depan.

    ReplyDelete
  3. salam sdra abu muaz,

    Tak pe janji dah ada koleksi resepi bila2 nak buat dah senang. Syukran.

    ReplyDelete
  4. salam,
    syah akak sibuk sgt sampai tak sempat nk jenguk blog...meh le dtg sini...nnti akak buatkan menu ni kalau syah dtg...:D

    ReplyDelete