Wednesday, August 5, 2009

Pahala Kaum Wanita

Asma' binti Yazid hanya seorang wanita biasa di kalangan kaum Ansar di Madinah. Namun wanita ini dikenali kerana keberanian dan usahanya membela wanita.

Suatu hari Asma' datang bertemu Rasulullah yang sedang berbincang dengan para sahabat. Dengan penuh hormat dan sopan, Asma' memperkenalkan diri, "Saya Asma' binti Yazid, utusan kaum wanita. Saya ingin menyampaikan pertanyaan kaum wanita mengenai kedudukan kami berbanding kaum lelaki.

"Wanita bertugas menjaga rumahtangga dan menanggung kesakitan sepanjang kehamilan dan melahirkan anak. Lelaki pula mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada wanita. Lelaki boleh mengerjakan solat jumaat, menziarahi jiran yang sakit, menghantar jenazah ke kubur, mengerjakan haji dan berperang ke jalan Allah.

"Sementara wanita ditinggalkan untuk menjaga harta dan memelihara anak serta rumahtangga." Pendek kata, Asma' telah meluahkan isi hati yang mewakili pandangan kaum wanita lain yang menganggap bahawa kedudukan mereka lebih rendah berbanding lelaki. Soalnya lagi, "Mengapa kami tidak boleh berpeluang menyertai kaum lelaki dalam mengerjakan kebaikan dan pahala?"

Rasulullah terharu mendengar luahan hati Asma'. Baginda berpaling pada sahabat dan bertanya, "Pernahkah anda semua mendengar tentang wanita yang begitu arif dalam urusan agamanya selain wanita ini?"

Balas seorang sahabat, "Kami tidak sangka ada wanita yang diberikan hidayah oleh Allah setinggi ini." Akhirya Rasulullah menerangkan kepada Asma', "Terangkanlah kepada kaum wanita lain bahawa kebaikan mereka ada pada suami. Hidup saling menyukai dan mengikut perintah. Semua itu menyamai pahala kaum lelaki yang kamu katakan tadi." Jawapan itu sangat menggembirakan Asma dan kaum wanita yang diwakilinya.

2 comments:

  1. sy pnh dngr jgk cte pasal wanita dan syurga ni..de ustaz cte,wanita klu nk cr syurga cr kt umah je..x payah bekerja,bwt itu la bwt ini la tuk mencari pahala sehingga mengalahkan tanggungjawab lelaki..sbnrnye just duk umah je..berkhidmat untuk suami dan anak2 dh memadai..bnyk sngt2 pahala untuk istri2 solehah kt dlm rmh ni.x yah cr kt luar.dan juga bnyk yg diceritakan dlm alQuran yg pintu2 syurga ni bnyk terbuka tuk wanita2 beriman yg taat kpd suami..tp papepun klu dh suami x mampu nk tanggung x slh istri nk kje tuk bantu suami kurangkn beban kluarga klu dh sme2 sepakat
    :)

    ReplyDelete
  2. Betul kata syah tu...apa pun kalau jadi isteri/ibu, jadilah isteri/ibu yang terbaik yg menjadi penyejuk hati kepada suami dan menjadi contoh kepada anak2.

    Kalau jadi suami pulak, jadilah pembimbing kepada keluarga dan memberi contoh tauladan yang baik untuk seisi keluarga. Insyaallah hidup akan bahagia.

    ReplyDelete