Thursday, July 23, 2009

Jom makan-makan...









Ada kalanya seronok bila masak pelbagai variasi. Bila masak lebih, boleh bagi jiran sebelah sekali. Macam seronok je bila jiran pun sama-sama dapat merasa masakan yang kita masak.

Menunya tak lah hebat sangat. Tapi bila dah lama tak masak menu ni...teringin nak makan semula.

Sekarang ni kan musim durian. Bila dah jemu makan roti kosong/biskut kering cicah dengan kuah durian, cuba pulak buat tempoyak masak

Aku dan Zool memang suka makan tempoyak masak. Potong timun...kemudian makan timun dengan tempoyak masak ni. Mmmmm...sedapnya...Resepi ni minta dari Ngah (Mak Ngah Zool).

Bhan-bahannya:
Tempoyak
Udang basah (saiz kecil)
Santan
Daun kunyit
Cili api
Garam
(letakkan asam gelugur kalau tempoyak tak cukup masam)...ikut sesedap rasalah.

***Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau. Bila dah sebati dan mendidih tutup api. Senang je kan???

Tempoyak masak ni la yang kami nak makan sangat, menu yang lain tu kira untuk mevariasikan lagi hidangan.

Menu lain; Sambal Ikan Tenggiri + Kacang Buncis, Goreng Kangkung Belacan + Taucu. Masak Kicap Kerisik Daging dan buah manggis sebagai 'dessert'.


3 comments:

  1. salam wardah...akak suka patin masak tempoyak..

    ReplyDelete
  2. salam,
    K kamsiah...saya suka jugak...tp ikan patin byk tulang. Tambah letak tauge kasar...perghhh! Saya kalau masakan letak tempoyak semua saya suka.mmmm...

    ReplyDelete
  3. hmm.. nanti aku pi umah hang ...hahaha masak best2 tau ahaks...

    ReplyDelete