Tuesday, July 7, 2009

Amniy Demam...



Alahai, ngantuknya aku hari ni! Tak cukup tidur sebab Amniy demam. Amniy terjaga banyak kali sebab dia nak minum susu. Mesti dia rasa dahaga je sebab badannya panas.

Pukul 4 pagi tadi, dia terus terjaga dan tak boleh tidur. Badannya semakin panas.Walhal sebelum tidur aku dah bagi minum ubat demam. Bila dah terjaga tu, dia terus bercakap-cakap (cakap dia la, cakap bayi berumur 15 bulan) sambil menepuk-nepuk mukaku.

Aku memang tak boleh tidur! Aku terus ke dapur dan memberi ubat demam sekali lagi pada Amniy. Dah la susah makan ubat sekarang ni! Dulu senang jer. Minum guna sudu terus je telan. Ni siap guna picagari lagi. Habis disembur-sembur ubat tu keluar dari mulut. Ya Allah! 'Challenging' betul pagi-pagi buta ni. Mujurlah suamiku terjaga membantu untuk memegang Amniy.

Lepas tu aku masukkan dia dalam buai. Letak dahinya dengan 'cool fever'. Aku duduk mengenjut sampai pukul 5 pagi. Amniy tak juga lena-lena. Mungkin badannya terasa bisa-bisa. Aku terus mengenjut sambil baring pula. Aku tak sedar bila dia terlena dan aku pun turut lena.

Sedar-sedar jam telah menunjukkan pukul 7 pagi. Ya Allah! Subuh gajah la aku pagi ni! Selepas mandi dan solat terus menyiapkan sarapan pagi untuk suami dan anak-anak nak pergi sekolah.

Memang rasa ngantuk yang amat sangat! Tapi apa nak buat banyak kerja rumah lagi nak buat. Kepala ni dah pening sangat. Badan pun dah sakit-sakit sebab tidur tak betul. Rasa macam nak demam pula.

Tapi itu lah hakikatnya pengorbanan seorang ibu. Menjaga anak kecil yang demam yang banyak ragamnya. Disebabkan sayangkan anak,sanggup berjaga malam.

Semua ibu yang mempunyai anak kecil akan mengalami pengalaman yang sama. Mungkin pengorbanannya lebih dari itu.

Kepada para ibu, memang kita kena cekal, sabar dan kuat semangat. Selagi ada anak kecil, selagi itulah kita akan berjaga malam.

2 comments:

  1. kesiannya tengok Amniy..mesti dia letih tu, akak kalau anak demam kuat sllu ambil ketul ais campur dengan perahan asam jawa pastu ramaskan2 kat kepala anak..insyaAllah demam takkan naik lagi malah akan cepat turun suhu badannya...Jadi ibu ni mcm tulah mcm2 pengorbanan terpaksa dilakukan sbb itu doa ibu lebih mustajab dari doa seorang ayah..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih k zai kerana berkongsi petua. Hari ni pergi lagi klinik pasal kulit Amniy gatal2. Rupanya doktor kata kalau demam, sesetengah baby memang ada komplikasi pada kulit. Ruam-ruam akan timbul pada kulitnya. Risau campak etc. La ni kira dah ok la...doktor pun dah bagi ubat tahan gatal.Lain anak, lain gaya sakitnya...hmmm.

    ReplyDelete