Wednesday, January 13, 2010

Tumis Lala Ah...Sedap


Hmmm...ini resepi kegemaran keluargaku...tapi lama tak pekena! Sejak Zool tak boleh makan makanan (lauk) yang berbisa (lepas pembedahan paru-paru hari tu). Biasanya seminggu sekali mesti pekena Tumis Lala ni. Terutamanya Eisya, dia memang cukup meminati hidangan ini. Tapi kalau aku memasak lala ni nanti pasti Zool tengok je kami makan. Hmmm...disebabkan tak sampai hati, aku membuat keputusan tak perlu membelinya sehinggalah zool betul-betul sembuh. Kalau aku dan Eisya nak makan, kami makan sahaja di kedai.

Resepi:

Lala (dalam 2 kg)
Bawang besar dipotong
Kunyit hidup (agak2 je) diketuk
Serai (2 batang - diketuk)
Daun kunyit ( 1 helai)
Cili Boh ( ikut suka)

Caranya:

Tumiskan bawang besar, kunyit hidup, serai dan cili boh. Bila dah agak kering/kekuningan baru masukkan lala tadi. Gaulkan supaya lala dan bahan tumis tadi serata. Kemudian masukkan daun kunyit. Tambahkan garam dan sedikit gula mengikut citarasa.

Hidangkan dengan nasi panas...hmmm....enak. Tak percaya cubalah!

4 comments:

  1. Kak Tirana tak pernah masak lala..sebabnya semua dalam rumah ni tak reti makan.. Nanti nak cuba juga masak.. mana tau kot diorang nak makan. Kalau diorang tak nak makan, sedekah aje kat jiran.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Kak Tirana cubalah...mana tau lala masakan Kak Tirana menyentuh selera mereka...belum cuba belum tau...Saya yg tak pandai nak makan siput sedut.....sebab bila nak makan nasi berlaukkan siput sedut kena ada acara 'sedut-menyedut' tu yg tak reti tu...he3

    ReplyDelete
  3. Salam Wardah..

    Dah lama kak zai tak menjengah ke sini tapi dengar resepi tumis lala ni..terasa teringin nak membacanya pula sbb kak zai pun suka memasak lala ni kalau ada terserempak dipasar..anak2 pun suka meratahnya.

    ReplyDelete
  4. emm bestnye..
    nk try la buat esok! hehehe
    thanks for the recipe..
    :)

    ReplyDelete