Monday, August 24, 2009

Jemput-jemput Pun Sedap...

Hari ini adalah hari ke-3 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Bermakna sudah 3 hari Sarah (anakku yang kedua, 6 tahun) berpuasa. Syukur, dia telah berjaya berpuasa penuh 3 hari tahun ini berbanding tahun lepas hanya berpuasa separuh hari.

Kakaknya, Eisya baru dapat sehari sebab hari keduanya dah demam. Jadi Eisya tak dapat berpuasa sebab kena makan ubat. Kesian Eisya. Tahun lepas Eisya berjaya berpuasa penuh sebulan.

Gara-gara semangat Sarah ingin berpuasa, aku cuba memenuhi permintaannya. Aku bertanya dengannya, "Sarah nak makan apa hari ini?''. Hari pertama ,dia inginkan aku membuat jemput-jemput pisang untuknya. Bukan Sarah seorang, Eisya dan Amniy turut gemarkan jemput-jemput pisang.

Disebabkan ada lagi pisang yang masak, hari kedua pun Sarah masih meminta aku menggorengkan jemput-jemput pisang. Ini bermakna 2 hari berturut-turut kuih utama kami ialah jemput-jemput pisang di samping kuih-kuih yang dibeli di bazar Ramadhan.

Hari ini, kami membuat keputusan untuk tidak pergi ke bazar Ramadhan untuk membeli kuih-muih. Tambahan pula hari hujan. Semua menu dimasak sendiri. Sarah meminta aku membuat jemput-jemput/cucur ikan bilis. Seronok aku tengok dia berbuka. Puas rasanya bila anak-anak dan suami menikmati hidangan yang disediakan sendiri. Walaupun menunya simple nasi putih, kari buncis bersama telur dan ayam goreng bersalut tepung tapi yang pasti ianya memenuhi selera.

Ada kalanya tak perlu bersusah payah memasak hidangan yang 'complicated' dengan hanya berkuihkan sepinggan jemput-jemput/cucur, tetapi tetap berbuka dengan selera.

Jadinya sudah 3 hari kami berbuka bersama 'jemput-jemput'.

Alahai...gambar tidak disediakan pulak...lupa nak ambil.....hmmm.

2 comments:

  1. Wardah, kak tirana memasak di bulan puasa macam hari-hari biasa juga..tak ada lah penuh meja..hehehe..dah 3 hari berpuasa, alhamdulillah tak berlaku pembaziran dan belum pernah ke bazar ramadhan lagi,,

    ReplyDelete
  2. Ya la Kak Tirana...saya pun masak mcm hari2 biasa gak...simple2 je...Tak pandai nak makan menu byk2 ni...Rasanya lebih selesa dengan apa yang ada jer. Ke bazar Ramadhan tu biasanya cari kuih yang pelik2 sikit...nak buat sendiri kena buat byk2...nak mknnya sikit jer..he..heee....

    ReplyDelete