Monday, August 17, 2009

Chiffon Idaman Sutera Yang Bukan Lagi Idaman (Rasa Tertipu)



Pada petang 27/7/2009 lalu, disebabkan aku ingin mencari baju raya berwarna oren dari jenis kain chiffon (tema raya tahun ni), aku pun mengajak suami dan anak-anak pergi ke butik Idaman Sutera di Megoplex, Ipoh. Sememangnya kalau nak cari baju jenis chiffon aku gemar ke butik ini kerana kebanyakan fabrik chiffonnya adalah gred A.

Setelah mencuba beberapa helai baju, aku pun berkenan dengan sepasang baju kurung chiffon berlinen penuh. Di samping itu aku turut membeli sepasang baju kurung oren untuk anakku, Sarah dan 2 helai kain pelikat.

Setelah sampai di rumah, aku hanya menggantungkan baju kurung orenku pada penyangkut almari pakaianku. Pada keesokan harinya baru aku melihat semula dan ingin mencuba baju kurung tersebut. Aku terkejut dan rasa 'frust' sebab terdapat keretasan pada bahagian jahitan baju tersebut.Disebabkan ianya kain chiffon keretasannya antara nampak atau tak nampak. Tambahan pula kain linennya warna yang seakan-akan sama. Takkan nak pakai baju yag dah retas??? Boleh perasan bila dalam cahaya yang betul-betul terang.

Aku pun terus menelefon butik tersebut memberitahu tentang kerosakan yang berlaku untuk menukar/menggantikan baju yang lain. Jurujual yang dikenali sebagai Linda mengatakan baju tersebut boleh dipulangkan dalam masa 3 hari sahaja. Jadi aku pun menulis tarikh 27/7/09 di atas tag harga yang aku belum buka lagi, supaya mereka akan percaya bahawa aku memulangkan baju tersebut masih dalam tempohnya.(Tempoh 3 hari).

Jadi pada 29/9/09,genap hari ketiga aku memulangkan baju tersebut. Aku mencuba beberapa baju chiffon oren yang lain termasuklah kain sutera. Namun hampa, tiada baju oren dan kurung sutera yang berkenan di hati dan memenuhi citarasaku. Kalau tak terlampau besar, muat tapi tak selesa. Ada 5/6 pasang baju telah ku cuba tapi tak memenuhi selera hati.

Lantas, aku berinteraksi dengan tuan punya butik yang dikenali dengan nama Kak Zan supaya memulangkan semula duitku kerana tidak ada baju oren yang berkenan di hati.Beliau tidak bersetuju untuk memulangkan duitku. Alasan beliau, mereka tidak boleh memulangkan duit, tetapi boleh menukarkan duit tersebut dengan membeli pakaian lain yang ada dijual di situ. Takkan aku nak beli pakaian yang aku tak rancang nak beli semata-mata nak habiskan wang sebanyak RM167.00 tu. Sudah tentu aku ingin membeli barang yang aku rancang untuk dibeli!

Aku pun meminta Kak Zan tuan punya butik tersebut untuk mengeluarkan resit sebagai bukti bahawa aku akan menukarkan baju kurung oren di satu hari kelak. Tujuannya supaya kakitangannya akan tahu mengenai perkara yang telah berlaku.

Ye la, ini bukan salah aku, salah tailor yang menjahit tu.Tetapi kenapa pulak aku yang menerima akibatnya.Nak jual baju tengok-tengok la dulu kualiti baju tu. Ok ke tak ok ke...Akhirnya, aku meminta Kak Zan menelefon 'supplier' baju kurung oren tu sama ada masih ada stok ataupun tidak. Malangnya, baju tersebut sudah tiada stok.

Pada 13/8/09, Linda jurual di butik Idaman Sutera tu menelefon aku, "Kak baju oren akak tu dah sampai." Aku menegaskan kepadanya, 'Itu baju yang sama ke atau baju yang lain?' Linda dengan penuh yakin mengatakan, "baju corak yang sama, saiz yang sama dan dia ganti yang lain." Aku masih ragu-ragu, 'Linda , check baju tu elok-elok, nanti penat akak datang sana, baju tu ada yang retas lagi,'". Aku menegaskan kepadanya.

Pada pagi Ahad 16/8/09, sebelum ke Idaman Sutera aku menelefon Linda lagi, "Linda baju tu betul-betul ok ke...tak ada apa-apa yang rosak ye?" "Ok kak" dia menjawab. Aku pun yakin dengan jawapannya.

Petang Ahad itu pun aku meminta suamiku menemaniku untuk ke sana mengambil baju tersebut. Setibanya di sana, Linda dah balik.Aku berurusan dengan jurujual yang lain. Sebelum aku mengambil baju tersebut, aku masih bertanya kepada adik jurujual yang ketika aku datang pada hari pertama tu memang dia pun ada."Hari tu kata dah tak ada stok, ini ada stok pulak? Adik tu menjawab, "tak tau lah, dia ganti je." Aku masih berfikir dan terdetik dalam hati, "Kemungkinan tailor tu jahit baju yang lain kot."Aku mengambil baju tersebut dengan yakin sebab mereka mengatakan baju tersebut diganti dengan yang baru. Tetapi dalam perjalanan untuk turun ke Tingkat 1, hati ini masih sangsi sambil membelek-belek baju yang tersimpan dalam plastik tersebut.

Tup-tup bila dibelek-belek, aku nampak tag harga masih ada tulisan tanganku '27/7/09'(tarikh baju tersebut dibeli). Masih juga ada keretasan di jahitan baju tersebut. Dalam hati..."ini masih baju yang sama"..."Tapi kenapa mereka kata telah diganti dengan yang baru." Aku rasa diperbodohkan. Huh! Masa tu hatiku terus mendidih! Aku telah ditipu! Aku terus naik semula ke butik tersebut dan meminta jurujual tersebut memulangkan duitku sebanyak RM167.00. Aku menggigil menahan marah! Aku telah ditipu! Aku telah ditipu."Kenapa mesti mereka menipu aku???!!! Aku tak redha betul dibuat seperti ini. Hatiku sakit yang teramat. Terpaksa datang 2-3 kali disebabkan bukan salah sendiri. Lalu macam-macam yang aku telah perkatakan supaya mereka sedar bahawa mereka ini telah menjadi 'PENIPU' dan tak pandai menjaga hati pelanggan. Kalau belum ada stok katakan tiada stok, jangan la sampai menipu pelanggan. Jika ini yang berlaku, lebih baik pulangkan sahaja duitku pada hari aku memulangkan baju tersebut kan senang! Ini tidak! Aku terasa dianiya! Buang duit minyak kereta! Lebih utama, buang masa aku dan suamiku!

Kali ini aku telah bertekad tidak akan datang lagi ke butik Idaman Sutera yang sememangnya aku cop 'penipu dan tidak pandai jaga hati pelanggan'. Mereka tidak akan merasa sesen pun duitku selepas ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin membeli pakaian /barangan, ambillah iktibar dari ceritaku di atas. Terutamanya kepada kaum wanita yang rajin 'shopping' di sana. Khusus juga kepada pembeli baju kurung chiffon, jangan sampai terbeli baju kurung seperti dalam gambar di atas. (Saiz M)....Sila periksa dengan lebih terperinci untuk memenuhi citarasa dan kepuasan hati anda sendiri.

Kisah yang ditulis bukan tujuan untuk menghasut tetapi adalah kisah benar yang aku alami sendiri beberapa hari yang lalu.

6 comments:

  1. Salam Wardah, geramnya Mas dengar kes penganiayaan ini. Hidup ini sekejap sahaja, sekali penganiayaan itu berlaku terutama dalam hal tipu menipu, nk dapat untung punya pasal mahupun dalam hal2 lain... pasti akan beroleh balasan. Cuma lama atau kejap. Allah akan bagi cash...sabar, doa yang teraniaya selalunya makbul. Selamat Menyambut Ramadhan.

    ReplyDelete
  2. Hmmm...tak sangka dia nak menipu, Mas. Biarkanlah mereka. Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Adil.

    Aku dah pun mendapat penggantinya yang aku rasa lebih baik kualitinya.

    Terima kasih atas kunjungan Mas ke laman ni.

    ReplyDelete
  3. salam kak...benci saya baca apa yg akak tulis nih...kalau saya mau mengamuk habis...tu saya malas nak beli baju hat jahit dah...saya suka beli kain jahit sendiri......ok ker...sabaq ja la kak...

    ReplyDelete
  4. salam alimaz...

    Akak ni bukan jenis sng nak melenting tapi bab yg ni akak tlh mggunakan 'super power' akak utk mndapatkan 'my right'.

    hmmm..sabaq ja...tak pa dah dpt pengganti yg lagi baikkk. Tak mo pi situ dah!

    ReplyDelete
  5. Salam. Baru-baru ni, adik liza yg kat melaka pun alami scenario yang sama. siap bertekak2 dgn sales girl tu. Kalau baju tu harga rm20-30 tak pelah lagi, ni more than rm100. yang bestnya, sikap kurang ajar dia tu yg buat kita marah. kalau cakap elok2 mungkin kita boleh tahan sabar. adik liza kata, mula2 diaorg tak nak ganti, sampai husband dia datang baru budak tu mengalah. itu pun siap, marah2 adik. kita ni customer, kita bayar tau, bukan ambil free. kalau jadi kat diaorg pandai pulak nak stand for your rights! walaupun bukan semua org berniaga mcm tu, tapi itulah hakikat org yang nak kaut untung lebih tanpa memikirkan kepentingan customers.

    ReplyDelete
  6. salam, Liza...nasib baik masa aku pulangkan tu tuan kedai tu tak da...staf dia je yg ada. Kalo idak tuan punya kedai tu memang kena panah dgn aku. Bukan bhs Inggeris yg kluar agaknya, tamil ,telugu, jawa abis ku lanyak. Tak tahu lah, masa tu memang aku mendidih sampai menggigil aku tahan marah!
    Dan2 tu jugak dia pulangkan duit aku. Memang nak suruh aku jd ' singa betina' baru depa nak pulangkan duit...sabo jer aku.Hmmm....

    ReplyDelete