Wednesday, May 20, 2009

Petua Khamis...Elak Ikan Goreng Melekat Pada Kuali

Sekiranya anda ingin membalikkan ikan di kuali tiba-tiba ikan goreng anda melekat, taburkan sedikit garam di sekeliling ikan goreng anda.

Biarkan sebentar, kemudian bolehlah dibalikkan ikan-ikan tersebut. Dengan cara ini, kulit ikan-ikan goreng tadi tidak akan melekat pada kuali tersebut.

Biasanya, keadaan begini berlaku apabila menggoreng dengan menggunakan kuali yang baru ataupun kuali tersebut biasa digunakan untuk memasak lauk/sayur-sayuran.

Wednesday, May 13, 2009

Selamat Hari Ibu



Sempena Hari Ibu, Eisya dan Sarah telah menghadiahkan aku tiga biji coklat FERRERO ROCHER.

Keinginan Eisya (terutamanya) untuk membelikan aku hadiah disampaikan kepada ayahnya ketika di dalam perjalanan balik dari Batu Gajah, dua hari sebelum Sambutan Hari Ibu. Aku menjawab, "tak payah la nak beli hadiah-hadiah". Bagi hadiah kat ibu keputusan peperiksaan yang cemerlang pun dah cukup. Namun dia berkeras juga untuk membelikan hadiah.

Eisya memang suka memberi hadiah kepada orang. Itulah antara sikap positifnya. Dia memang suka mengekspresi sesuatu kejayaan/penghargaan/hari-hari gembira seseorang dengan memberikan sesuatu kepada orang tersebut. Tidak kiralah sama ada kami ibu dan ayahnya, adik-adiknya, guru-guru, kawan-kawan, jiran dan saudara-maranya.

Apapun, terima kasih untuk Eisya dan Sarah sebab bagi ibu coklat sebagai hadiah sempena Hari Ibu. Tak lupa juga untuk suamiku, Zool sebab tolong hantar Eisya pergi ke kedai membeli coklat tu...hmmmm.

'Selamat Hari Ibu' kepada semua yang telah menjadi ibu. Panjatkanlah kesyukuran kepadaNya bagi insan yang masih memiliki seorang ibu. Sayangilah mereka sepenuhnya sementara mereka masih berada di dunia ini.

Jasa ibu tiada tolok bandingnya!

Pertandingan Bola Jaring







Sabtu yang lepas, 9 Mei 2009 sekolah Sarah (anakku yang kedua) mewakili sekolah tadikanya bermain bola jaring di peringkat Parlimen Parit.

Sekolah tadika PASTI Al-Furqan, Bandar Seri Iskandar, berjaya mendapat Naib Johan setelah pasukan ini bermain sebanyak tiga kali. Setelah bertungkus-lumus berlatih setiap pagi dan petang, akhirnya sekolah tadika Sarah berjaya juga mendapat tempat.

Pada asalnya, guru Sarah sendiri tidak yakin dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan bola jaring ini. Namun, siapa tahu 'kecil-kecil cili padi'. Boleh tahan juga mereka bermain.

Bukan apa, gurunya sering bercerita kepada aku yang mereka ini hanya membiarkan bola direbut oleh pihak lawan ketika 'pertandingan persahabatan' dijalankan sehari sebelum pertandingan sebenar bermula.

Kemungkinan mereka mendapat rangsangan dan semangat selepas itu dan menyebabkan mereka bermain bersungguh-sungguh ketika hari pertandingan sebenar dijalankan. Semangat mereka juga menjadi lebih berkobar-kobar apabila ibu bapa dan keluarga turut turun padang menyokong mereka.

Berbaloi le jugak...sorak-sorak bagi sokongan sampai suara macam nak hilang. Guru-guru Sarah begitu teruja dan sentiasa tersenyum bila mendapat tahu yang anak-anak muridnya berjaya menggondol gelaran 'Naib Johan'.

Untuk Sarah...syabas ibu ucapkan. Nanti kita 'practise' baling-baling bola lagi.....

Friday, May 8, 2009

Sepetang bersama 'cupcakes'












Petang semalam aku menghadiri kelas mendekorasi 'cupcakes' di Uitm, Seri Iskandar. Tak jauh, sebelah taman je. Kelas tersebut dianjurkan oleh PEWANI (Persatuan staf dan isteri-isteri staf Uitm) dan kelas tersebut hanya dibuka untuk ahli-ahli PEWANI sahaja.

Di atas info yang diemel oleh AJK PEWANI kepada suamiku Zool, maka suamiku pun mendaftarkan namaku untuk turut serta menghadiri kelas tersebut. Bila mendengar sahaja pasal 'cupcakes' hatiku terus rasa teruja. Pasti ada sesuatu ilmu yang baru akan aku perolehi dari kelas ini.

Bila nampak sahaja krim aising yang dibawa oleh Chef Arip....hati pun terdetik... wah, pasti seronok bila mendekorasi 'cupcakes' nanti!. Pelbagai soalan yang aku tujukan pada Chef Arip. Segala persoalanku terjawab. Lega rasa hati ini.

Kira masa sejam setengah yang diluangkan dalam kelas tersebut amat berbaloi. Dengan bayaran yang minima, banyak ilmu yang dipelajari.
Sekembalinya di rumah, anak-anakku teruja dengan dekorasi 'cupcakes' yang kubawa pulang. Mereka menikmati 'cupcakes' tersebut dengan lahap. Seronoknya aku tengok.
Jutaan terima kasih pada suami yang tercinta (Zool) kerana sanggup menjaga Amniy (anakku yang paling kecil) petang semalam.

Nanti kalau ada peluang lagi...'ibu nak belajar lagi'.

Thursday, April 23, 2009

Petua Khamis...Elak Lipas

Untuk mengelakkan lipas berkeliaran di dalam dapur anda, ambil beberapa helai daun pandan dan sisipkan di setiap ceruk bahagian yang menjadi tempat persembunyian serangga tersebut.

Bau harum pandan akan menyebabkan lipas tidak selesa dan membuatkan lipas tidak lagi berani berkeliaran di dalam dapur anda.

Ganti dengan daun yang baru jika daun tersebut telah layu. Selamat Mencuba.

Haiwan pemusnah...nyah kau!

Frust betul la. Habis pokok-pokok tanaman yang selama ini ku belai, ku siram dan ku jaga dimusnahkan oleh haiwan pemusnah (belalang, serangga) dan juga ulat beluncas. Ini terutama pada pokok-pokok herba seperti pokok kunyit, lengkuas, bonglai, lempuyang (untuk dibuat jamu), pokok limau dan pokok kari.

Pokok kunyit yang asalnya hidup subur tinggal sehelai sahaja daunnya. Bila aku periksa daunnya, ada sejenis serangga bewarna hijau. Spesis belalang la agaknya.

Mesti rasa sedap sangat! Dengan rakusnya haiwan-haiwan pemusnah ini memakan pokok-pokok tersebut. Setiap pagi aku akan memeriksa tanaman tersebut. Hiiii...banyaknya ulat beluncas pada pokok kari. Sebesar jari kelingking orang dewasa. Geli-gelemannya....Apa aku nak buat ni.....geliiii.

Aku jentik.....lepas tu aku siram dengan air. Aku bukan berniat nak jadi pembunuh...tapi kau sudah memusnahkan tanaman aku. Aku bercadang untuk menumbuk bawang putih. Kemudian dicampurkan dengan air dan dimasukkan ke dalam botol 'sprayer'. Lepas tu boleh la 'spray' cecair tu ke atas tanam-tanaman tersebut untuk menghalau serangga dan haiwan pemusnah tersebut. Itu petua yang jiran belakang rumahku telah amalkan.

Nak tahu berjaya ke tidak, kena cubalah.

Tuesday, April 7, 2009

Hari Jadi Amniy

Amniy dengan Huggy...Acik Ziah (jiran sebelah) yang bagi bear ni.

Hadiah Amniy le ni...bantal peluk yang diberi nama Moo Moo.


Sesi memotong kek...







Sabtu lepas, aku tekadkan juga untuk membuat kek hari jadi Amniy walaupun badan ni terasa penat. Dah terlewat seminggu dah. Sarah, anakku yang kedua sibuk bertanya. "Ibu, bila nak buat kek coklat Amniy?" Akhirnya siaplah kek hari jadi Amniy. Ibu buat kek gambar 'badut'....kata Sarah. Sabo ajelah....


Ye la asalnya nak buat gambar lain, tup-tup bila sedang mendekorasi kek, Amniy terjaga dari tidurnya. Masa tu lah idea spontan timbul, main lorek je lah. Ok la tu kannn....janji boleh dimakan.


Badut pun badutlah Amniy. Janji ada kek hari jadi kannn....Walaupun sambutannya 'simple' yang penting kami 'happy'.